Saturday, March 17, 2012

Ika's Poem: Seandainya jodohku telah tiba


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam readers :)


Ya Allah,
Seandainya jodohku telah tiba, kurniakanlah aku seseorang
Yang mencintaiku bukan kerana paras rupa
Bukan juga kerana harta benda
Tetapi kerana keikhlasan hatinya
Untuk menerimaku seadanya

Sesungguhnya aku ingin merasakan kebahagian di atas keredhaanMu Ya Allah
Bukan berasaskan hawa nafsu semata-mata
Kerana kutahu
Kebahagiaan abadi itu hanya dapat ku kecapi dengan adanya cintaMu di hati

Ya Rahman,
Aku tahu aku bukanlah sempurna dan bukan juga wanita solehah
Bahkan hanyalah sebutir pasir jika dibandingkan dengan bidadari syurgaMu
Untuk meminta seorang insan yang beriman dan bertakwa di sisiMu
Akan tetapi aku berharap agar dia dapat membimbing aku ke jalan yang benar
Dan menjadi imam atas masjid yang bakal dibina

Aku tahu, seorang lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik
Akan ku berusaha memperbaiki diriku
Menjadi seorang muslimah yang taat akan perintahMu

Semoga kehadirannya dalam hidupku
Dapat menambahkan lagi rasa cintaku padaMu
Dan menjadikan diriku semakin dekat denganMu

Ya Rahim,
Andai kata aku bertemunya esok,
Aku memohon agar Kau berkatilah perhubungan kami nanti
Tanamkan sifat sabar dan kasih di antara kami
Akan kucintainya kerana agama
Dan keranaMu Ya Allah, aku mencintainya hingga hujung nyawa


Original piece by :
Ika Abdullah


"Tiada yang lebih indah daripada mendapat redha Ilahi. Seindah apapun sesuatu itu pada pandangan manusiawi, tanpa redha Ilahi, ia hanyalah sia-sia"- Rusydee

2 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Amin.. As salam, selamat berkenalan..zy follow blog ne yer...

Ika Abdullah said...

Slm perkenalan. hello zy. thx for following :)